Orang Taíno adalah
kelompok etnik peribumi yang menduduki rantau kepulauan
Caribbean[1] terutamanya di sebahagian besar pulau
Cuba serta pulau-pulau
Hispaniola,
Jamaica dan
Puerto Rico, kepulauan
Bahamas, dan utara kawasan
Antillen Kecil. Masyarakat ini merupakan tamadun manusia pertama yang ditemukan di
Dunia Baru oleh manusia dari
dunia Lama semasa
pelayaran diketuai
Christopher Columbus dari
Eropah pada tahun 1492. Mereka menuturkan
bahasa Taíno.
[2]Orang-orang
Sepanyol menaklukkan pelbagai wilayah dihuni orang Taíno dari akhir abad ke-15 hingga awal abad ke-16; penaklukan dilakukan mereka ke atas tanah-tanah diterokai membinasakan orang Taíno sepertimana dicatatkan beberapa cendekiawan kontemporari.
[3][4] Kaum lelaki Taíno terutamanya dipaksa mengusahakan ladang dan lombong emas sehingga tanah asal ditinggalkan tanpa ada sesiapa lain yang mampu mengusahakan tanaman sumber makanan setempat.
[5] Sejak akhir abad ke-20, terdapat penemuan yang disimpulkan kebanyakan sarjana kebanyakan penduduk Taíno mati akibat ketiadaan
daya lali terhadap
penyakit-penyakit berjangkit terbawa dari kalangan orang Eropah: suatu
wabak cacar yang merebak di Hispaniola pada tahun 1518-1519 membunuh hampir 90% bangsa Taíno yang masih hidup di pulau itu.
[6][7]Orang-orang Taíno yang masih terselamat ini ada
berkahwin campur dengan masyarakat Eropah penjajah dan orang Afrika yang dibawa ke rantau ini sebagai
hamba menjadi sebahagian daripada masyarakat jajahan Sepanyol. Banyak penduduk Puerto Rico, Cuba dan Republik Dominica mempunyai susur galur keturunan Taíno melalui
tinggalan genetik mitokondrion dari sebelah ibu.
[8][9] Kesedaran terhadap warisan budaya Taíno mula dikembangkan semula pada sekitar 1840 di kawasan-kawasan jajahan yang memuncak pada tahun 1960-an dengan giatnya
gerakan memperjuangkan hak sama rata hidup bangsa-bangsa kulit hitam dan asli Amerika Syarikat.
[10]